Kandungan Permata Suri:
1. Manjakani (Quercus Infectoria) Kaya dengan tannin dan asid tonik, mempunyai ciri antiseptik dan antioksidan semulajadi. Manjakani juga kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, pelawas, kalsium, zat besi, vitamin A,E, dan B.
2. Kurma (Phoenix dactyfera I.) Mengandungi kallum, glisin, dan theronine. Ia telah digunakan untuk memulakan penghasilan laktos bagi penyusuan badan. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan ketahanan badan dan tenaga batin.
3. Daun Sireh (Piper beter linn) Sejenis antiseptik perangsang digunakan secara tradisional sebagai bahan kumut dan cucian wanita.
4. Jintan Hitam (Nigelia Sativa) Biji berbau strawberi dengan rasa pedas seakan-akan buah pala. Biasa digunakan untk menambahkan perisa makanan dan merawat masalah cacing dalam usus, urat saraf, kembung, menggalakkan perpeluhan dan pencegah serangga yang berkesan.
5. Halban (Vitex Pubescens) Menggalakkan penghasilan sejenis hormon kelenjar pituitari (LH) yang secara tidak langsung meningkatkan penghasilan progesterone dan membantu mengawal kitaran haid.
6. Jarum Emas (Striga asiatica) Mempunyai ciri anti-radang berguna untuk meredakan bengkak dan radang. Ia juga meransang pencernaan seterusnya membantu menyingkirkan toksin.
7. Madu (Honey) Membekalkan tenaga untuk meningkatkan kecerdasan, memulihkan jangkitan ringan, memelihara serta memperbaiki kulit.
8. Kacip Fatimah (Labisia pumila) Diambil secara tradisional dalam minuman untuk merawat masalah disentri, rheumatisme dan masalah berkaitan bersalin dengan berkesan. Kandungan fitoestrogen didalamnya dapat menegangkan tisu dan otot badan.
9. Akar Serapat Terkenal di Asia Tenggara dalam rawatan selepas bersalin.
No comments:
Post a Comment